Pengaruh Game



Kalau nak tau, aku dilahirkan dalam keadaan agak tomboyish, sejak kecik lagi aku dah minat ngan game. Tu pun game tembak2, perang la..game pompuan ada la jugak mcm mickey mouse, game memasak gitu tapi takde la sampai main game barbie2 ni. hahaha XD

Ni pengaruh dari abang aku sbenarnya. Time tu aku still dlm umur 6-7 tahun, aku duk sbelah dia tengok dia main, so biasa la, tengok lama2 mesti ada hati try gak main kan.
So sampai la besar, aku slalu main 2-player ngan abang aku, game lawan ke.
Kawan2 dia dtg umah pun aku challenge diorang lawan ngan aku.
Bila menang, bangga gila aku. hahaha

Yang tersengih2 kat kamera aku la, duk atas riba ayah aku,
sbelah tu abang aku main game, diperhatikan oleh mak aku :)

(lokasi di rumah lama kitorang)


Tapi memang satu family aku semua kaki-game, start paling2 awal pun ayah aku yang punca kitorang minat gila kat game.
secara kronologi nye camni la dari kecik sampai skang abah takkan give up beli console game.

1) Nintendo classic
2) Playstation 1
3) Nintendo Dreamcast
4) Nintendo Gameboy
5) Playstation 2
6) Nintendo Gameboy Advanced
7) PSP
8) Playstation 3 (baru je tahun ni)

kata ayah nak beli XBOX360 lak. haha tapi tengok rezeki mencukupi boleh la.
PSP aku rosak, skrin pecah dlm tp ayah ckp nak baiki nanti,boleh la aku bawak ke kampus. hehe
tapi skang, semua tu dah takde, sebab ayah aku jual satu per satu untuk beli yg baru,
Nak beli PS2 ayah jual Dreamcast dan PS1, nak beli PS3 ayah jual PS2.
So buat masa skang, PS3 dan PSP je satu2 nya ada ngan kitorang skang.

aish, kalau nak diikutkan, dah penuh 1 almari ngan cd/dvd game saje.
usang ke tak, simpan je, dah itu dah dianggap harta pusaka family.

Dah bila aku membesar, aku tak ikut dah jejak abg aku, aku dah ada taste sndiri main game.
bila dah besar, internet dah ada, main game kat pc lak. Iaitu 'Online game'

Feveret genre aku waktu zaman sekolah menengah:

MMORPG
(Massively Multiplayer Online Role-Playing Game)

fuh sejak aku main game ni, macam2 orang dari luar negara aku kenal, mat saleh ke, tak kira.
Best siot kot. Tapi sejak tu gak, aku bleh improve english skills aku secara tak sengaja. haha

Apa2 pun, kurang dah minat aku bila dah nak habis zaman sekolah, jejak langkah masuk universiti, aku fokus kat melukis je.
Rindu dan gatal tangan nak pegang controller game tu selalu ada. tapi waktu cuti je la aku main game online ngan kawan2 lelaki aku, kawan2 pompuan habiskan cuti kat dapur, fesbuk, lepak2 gi shopping, tp aku ngadap lappy 24 jam sminggu menyumpah mati-matian kat musuh game aku. hahaaha!
tapi takde la smpai anti social ngan idup, mestilah bila kawan aku kluar lepak aku gi gak.

Aku pun nak hidup ! XD


So nak kata kitorang fanatik game ni tak jugak, tapi kitorang ni kipas-susah-mati ah!
Kalau boleh aku nak kekalkan generasi ber-game sampai mati.

Bak kata orang,
"main game je bila nak pandai? takde masa depan tau!"

ehem, iye ke, aku punya adik beradik smua kaki game, kakak2 aku dah graduate dr Universiti, kerja pun dah.
Aku ngan abang aku berjaya masuk universiti, masa depan dah tercapai.
Jangan pandang rendah kat kaki-gamers. Kitorang pun ada otak.


;)






2 comments:

Najmi May 3, 2011 at 11:27 AM  

oh im so jelly of you for having a dreamcast

Reddy May 3, 2011 at 2:16 PM  

the game was so awesome !

Post a Comment

Powered by Blogger.

I got Follow'd

About Me

My Photo
Reddy
what can you see from an AB-blood type carrier? ;) I can swear, I even cry. I can hurt you, I can listen to ur mind and I will make u suffer. haha just kidding :)
View my complete profile

Wishlist

- New handphone - Aim for Dean list - Save PTPTN money till the end of semester - get along with new people

SHOUT !


ShoutMix chat widget