Shabu-shabu Ramadhan

Hari Jumaat dan Sabtu bertarikhkan 5 Ogos 2011 dalam pukul 6:30pm, bla bla bla bla ...

skip skip skip skip

... terus ke lokasi yang sepatutnya iaitu di restoran Shabu-shabu di Seri Manjung perak untuk kitorang sekelas group Graphic E (Semester 3) berbuka puasa sama-sama. bagi yang terkecuali seperti Fazran atas hal family emergency,dia terpaksa balik ke Kedah petang tu jugak. kita semua doakan nenek fazran cepat sembuh. amin..
dan bagi yang lain seperti Waqqas, Firdaus, Muz dan Syafiq tu. anda sangat rugi ye ~_~ .. kenangan terindah lepas camtu je. even ada tetamu special sudi ikut sekali tau, sape lagi kalu tak Apek hahah

Sebelum sesiapa pikir benda tak elok pasal restoran ni, jangan pikir "Shabu-shabu" tu nama dadah okay. shabu-shabu tu actually nama makanan jepun (aku rasa la kot sbb aku ada nmpak makanan nama shabu-shabu dalam game The Sims.. haha) so to you-know-who yang still was-was pasal restorang tu, hah lantak ko---rang lah. yang pasti restoran itu TELAH DIKONFEM HALAL OLEH PIHAK JAKIM SENDIRI. =___="
tempat ni banyak makanan seafood dan steamboat, so jangan ragu-ragu. kena trust kepada orang yang berpengelaman, tak gitu ?

aaaaanyway... balik kepada cerita kami ke restoran tersebut, kami bertolak agak lewat la, memandangkan kitoang sewa 2 bijik kereta, Viva manual yang dipandu oleh Anis pada mula-mulanya,tapi atas hal 'teknikal', Nora mengambil alih. manakala Wira auto dipandu oleh Najmi Ayah / Bangmi dan kadang-kadang dipandu oleh saya ! :D

mulanya perjalanan ke pintu belakang Uitm Seri Iskandar.Sambil itu, 2 orang driver, saya dan Najmi pegi amik kereta.



skip terus ke Shabu-shabu :)

nasib kitorang sempat book awal tempat sebab datang lewat. makan pun bayar rm20 satu kepala (bukan satu kepala udang lak okay =_=" haha) . harga berbaloi lah sebab boleh makan apa saja kitorang nak, it's an ALL-YOU-CAN-EAT buffet afterall. :D
ada steamboat, ada masakan panas segera, ais krim, abc, desserts, fruits, bbq chicken and meat, dan banyak lagi. XD

okay masa untuk berbuka puasa ! :D

muka 'stim' HAHA.

muka2 kekenyangan-tapi-still-ingin-kelaparan.

diorang yang datang lewat tapi makan dekat 10 round =_=
tapi at least dapat habiskan semua tanpa membazir kan :D

memandangkan masa telah agak terlalu suntuk, kitorang dah lepas curfew hour so nak masuk kampus balik memang konfem kena halau lah. so perkara yang tidak dirancang, kitorang terpaksa overnight kat luar,so banyak tempat kitorang lepak, yang paling best kat Marina Island lah, kitorang lepak situ dekat 3 jam gak la. Main gitar, nyanyi sama-sama, paling tak boleh blah kitorang sewa basikal 1/2 jam, rm4 utk single bike, dan rm10 utk double bike.
dapat je naik, kitorang berlumba-lumba satu kawasan tu, awesome siot.



like i said "AWESOME SIOT"



well itu je gambar yang dapat saya kumpul. terima kasih Anis dan Kirin share gambar2 diatas di facebook.. :)

selepas je lepak kat Marina Island, dalam pukul 3am lebih, kitorang pegi pulak ke lumut, lepak situ sampai 5am, main gitar,nyanyi, berbual, dan tengok karenah2 orang tak cukup tido. haha.. kalau boleh aku tanak je tido. dah nama pun overnight, luang masa satu malam tanpa tido la kan. tp sebab terlalu penat, tido la skejap dalam kereta.

Dalam pukul 5 lebih, kitorang pergi ke Restoran Al-Abadi untuk bersahur. ye lah, enjoy-enjoy jugak, puasa tidak lupa :) .. memandangkan imsak pulak dalam pukul 5:45, kitorang rushing gila nak order makanan/air, ada yang terpaksa kongsi je makanan mcm kat sushi bar pulak, 1 pinggan duk round satu meja. kesian aku tgk, tapi bagus la sharing is very very caaaaaring ! haha

dah pukul 5:30, kitorang mkn smpai tercekik pun ada sbb dah suntuk masa sangat. tp alhamdulillah kenyang la jugak.. so selepas bayar, kitorang drive balik ke Seri Iskandar, dalam pagi2 buta camtu, bagi para2 drivers tanak bagi ngantuk, ada pulak pi racing memalam buta =__=" .. cuak aku tgk diorang bawak keta. tapi tak kesah la, aku enjoy :D

then sebelum nak hantar kereta, pukul 8.30 baru bukak, kitorang lepak kat stesen minyak Petronas pulak.. kumpul2 duit nak bayar sewa kereta. selesai...

kitorang balik, masuk bilik terus landing atas katil, tido sampai lupa dunia, sedar2 dah tengah hari.. hahaha..

apa-apa pun, aku sangat hargai trip sekelas untuk sem ni. memang berbaloi gila lah. Lagipun ini ramadhan kali ke-2 kitorang smbut sama-sama, yang pasti ramadhan ini lah paling terindah.
aku dapat rasa yang hubungan kitorang makin hari makin rapat kalau aktiviti camni berterusan. alhamdulillah lah sekali lagi, aku sangat bersyukur dapat jumpa kamu semua ;

Najmi Sahimi
Najmi Bob
Aminuddin
Fazran
Waqqas
Syakirin
Syafiq
Hanafi
Hikhmal
Muz
Zakwan
Firdaus
Anis Diyana
Nurul Syafika
Siti Norah
Nurfarhana Nadia

... love you all :)




Aku lah penyakit kepada hati 'mereka'


Aku menangis bila ... aku takut
Aku menangis bila ... dimaafkan
Aku menangis bila ... aku dibenci
Aku menangis bila ... aku kecewa
Aku menangis bila ... aku terharu
Aku menangis bila ... aku tertekan
Aku menangis bila ... aku dimarahi
Aku menangis bila ... aku kesunyian
Aku menangis bila ... seseorang pergi
Aku menangis bila ... seseorang menangis
Aku menangis bila ... aku kehilangan kawan
Aku menangis bila ... aku tidak patut menang
Aku menangis bila ... aku kalah dan mengalah
Aku menangis bila ... aku melakukan kesilapan
Aku menangis bila ... aku membenci diri sendiri
Aku menangis bila ... aku tidak dapat patah balik
Aku menangis bila ... aku buntu dengan kehidupan
Aku menangis bila ... kesengsaraan aku tidak dilihat
Aku menangis bila ... keikhlasan seseorang itu terserlah
Aku menangis bila ... orang disayangi kecewa dengan aku
Aku menangis bila ... aku gagal untuk memahami seseorang
Aku menangis bila ... seseorang itu tidak jujur bila aku telah jujur
Aku menangis bila ... aku pandang di mata seseorang yang terdesak
Aku menangis bila ... aku berdoa sebelum menghadapi sesuatu yang malang


namun ...

Aku cuba ... elak dari disakiti
Aku cuba ... senyum bila sedih
Aku cuba ... menahan sakit di hati
Aku cuba ... berdiri dengan sendiri
Aku cuba ... berdoa dan terus berdoa
Aku cuba ... bergaul seperti orang lain
Aku cuba ... luah apa yang tersirat di hati
Aku cuba ... bertarung dengan diri sendiri
Aku cuba ... untuk menahan dari menangis
Aku cuba ... untuk tidak menipu diri sendiri
Aku cuba ... membuat seseorang itu bahagia
Aku cuba ... sedaya upaya untuk memahami
Aku cuba ... mengawal kemarahan dalam diri
Aku cuba ... tidak melarikan diri dari masalah
Aku cuba ... mengekalkan hubungan yang stabil
Aku cuba ... berkelakuan elok sebaik yang mungkin
Aku cuba ... melihat ke mata seseorang bila ingin jujur
Aku cuba ... mendapatkan kembali apa yang telah hilang
Aku cuba ... mulakan kehidupan yang baru setelah kehilangan
Aku cuba ... supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi

aku cuba dan cuba dan terus mencuba..

aku tahu ... aku merupakan satu penyakit kepada hati seseorang.

Aku tahu .. aku seorang pengecut bila berhadapan dengan seseorang, dan aku hanya dapat meluahkan semuanya dalam tulisan.

aku ingin kamu tahu ... demi Allah swt, semua yang aku maksudkan di atas ini, ikhlas di lubuk hati aku.

aku hanya ... perlukan keikhlasan hati dalam seseorang, ikhlas memaafkan aku, ikhlas untuk berkawan dengan aku. Jika seseorang itu betul-betul ikhlas, aku pun akan buat demikian.

tapi andai kata semua itu telah tidak wujud, aku redha. Aku akan terus mencari sehingga aku dapat kebahagian yang sepatutnya.

Powered by Blogger.

I got Follow'd

About Me

My Photo
Reddy
what can you see from an AB-blood type carrier? ;) I can swear, I even cry. I can hurt you, I can listen to ur mind and I will make u suffer. haha just kidding :)
View my complete profile

Wishlist

- New handphone - Aim for Dean list - Save PTPTN money till the end of semester - get along with new people

SHOUT !


ShoutMix chat widget