Hari Jumaat dan Sabtu bertarikhkan 5 Ogos 2011 dalam pukul 6:30pm, bla bla bla bla ...
skip skip skip skip
... terus ke lokasi yang sepatutnya iaitu di restoran Shabu-shabu di Seri Manjung perak untuk kitorang sekelas group Graphic E (Semester 3) berbuka puasa sama-sama. bagi yang terkecuali seperti Fazran atas hal family emergency,dia terpaksa balik ke Kedah petang tu jugak. kita semua doakan nenek fazran cepat sembuh. amin..
dan bagi yang lain seperti Waqqas, Firdaus, Muz dan Syafiq tu. anda sangat rugi ye ~_~ .. kenangan terindah lepas camtu je. even ada tetamu special sudi ikut sekali tau, sape lagi kalu tak Apek hahah
Sebelum sesiapa pikir benda tak elok pasal restoran ni, jangan pikir "Shabu-shabu" tu nama dadah okay. shabu-shabu tu actually nama makanan jepun (aku rasa la kot sbb aku ada nmpak makanan nama shabu-shabu dalam game The Sims.. haha) so to you-know-who yang still was-was pasal restorang tu, hah lantak ko---rang lah. yang pasti restoran itu TELAH DIKONFEM HALAL OLEH PIHAK JAKIM SENDIRI. =___="
tempat ni banyak makanan seafood dan steamboat, so jangan ragu-ragu. kena trust kepada orang yang berpengelaman, tak gitu ?
aaaaanyway... balik kepada cerita kami ke restoran tersebut, kami bertolak agak lewat la, memandangkan kitoang sewa 2 bijik kereta, Viva manual yang dipandu oleh Anis pada mula-mulanya,tapi atas hal 'teknikal', Nora mengambil alih. manakala Wira auto dipandu oleh Najmi Ayah / Bangmi dan kadang-kadang dipandu oleh saya ! :D
skip terus ke Shabu-shabu :)
nasib kitorang sempat book awal tempat sebab datang lewat. makan pun bayar rm20 satu kepala (bukan satu kepala udang lak okay =_=" haha) . harga berbaloi lah sebab boleh makan apa saja kitorang nak, it's an ALL-YOU-CAN-EAT buffet afterall. :D
ada steamboat, ada masakan panas segera, ais krim, abc, desserts, fruits, bbq chicken and meat, dan banyak lagi. XD
okay masa untuk berbuka puasa ! :D
muka 'stim' HAHA.
muka2 kekenyangan-tapi-still-ingin-kelaparan.
tapi at least dapat habiskan semua tanpa membazir kan :D
memandangkan masa telah agak terlalu suntuk, kitorang dah lepas curfew hour so nak masuk kampus balik memang konfem kena halau lah. so perkara yang tidak dirancang, kitorang terpaksa overnight kat luar,so banyak tempat kitorang lepak, yang paling best kat Marina Island lah, kitorang lepak situ dekat 3 jam gak la. Main gitar, nyanyi sama-sama, paling tak boleh blah kitorang sewa basikal 1/2 jam, rm4 utk single bike, dan rm10 utk double bike.
dapat je naik, kitorang berlumba-lumba satu kawasan tu, awesome siot.
well itu je gambar yang dapat saya kumpul. terima kasih Anis dan Kirin share gambar2 diatas di facebook.. :)
selepas je lepak kat Marina Island, dalam pukul 3am lebih, kitorang pegi pulak ke lumut, lepak situ sampai 5am, main gitar,nyanyi, berbual, dan tengok karenah2 orang tak cukup tido. haha.. kalau boleh aku tanak je tido. dah nama pun overnight, luang masa satu malam tanpa tido la kan. tp sebab terlalu penat, tido la skejap dalam kereta.
Dalam pukul 5 lebih, kitorang pergi ke Restoran Al-Abadi untuk bersahur. ye lah, enjoy-enjoy jugak, puasa tidak lupa :) .. memandangkan imsak pulak dalam pukul 5:45, kitorang rushing gila nak order makanan/air, ada yang terpaksa kongsi je makanan mcm kat sushi bar pulak, 1 pinggan duk round satu meja. kesian aku tgk, tapi bagus la sharing is very very caaaaaring ! haha
dah pukul 5:30, kitorang mkn smpai tercekik pun ada sbb dah suntuk masa sangat. tp alhamdulillah kenyang la jugak.. so selepas bayar, kitorang drive balik ke Seri Iskandar, dalam pagi2 buta camtu, bagi para2 drivers tanak bagi ngantuk, ada pulak pi racing memalam buta =__=" .. cuak aku tgk diorang bawak keta. tapi tak kesah la, aku enjoy :D
then sebelum nak hantar kereta, pukul 8.30 baru bukak, kitorang lepak kat stesen minyak Petronas pulak.. kumpul2 duit nak bayar sewa kereta. selesai...
kitorang balik, masuk bilik terus landing atas katil, tido sampai lupa dunia, sedar2 dah tengah hari.. hahaha..
apa-apa pun, aku sangat hargai trip sekelas untuk sem ni. memang berbaloi gila lah. Lagipun ini ramadhan kali ke-2 kitorang smbut sama-sama, yang pasti ramadhan ini lah paling terindah.
aku dapat rasa yang hubungan kitorang makin hari makin rapat kalau aktiviti camni berterusan. alhamdulillah lah sekali lagi, aku sangat bersyukur dapat jumpa kamu semua ;
Najmi Bob
Aminuddin
Fazran
Waqqas
Syakirin
Syafiq
Hanafi
Hikhmal
Muz
Zakwan
Firdaus
Anis Diyana
Nurul Syafika
Siti Norah
Nurfarhana Nadia
... love you all :)